Crystal Salt


Crystal salt atau lebih dikenali sebagai garam kristal gunung himalaya adalah garam yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Ia merupakan garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih, paling suci dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna.

Crystal Salt ternyata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif. Kebiasaanya, garam biasa memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Sesungguhnya, garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.

Garam kristal berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia oleh itu sangat perlu oleh tubuh badan. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia juga kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh.

Kaya dengan mineral, garam kristal terdiri daripada 84 jenis mineral yang sama dengan mineral dalam tubuh manusia dan hampir sama dengan mineral air zam-zam. Garam Kristal ini diproses melalui proses perlombongan secara manual tanpa bahan letupan supaya kualiti bio fizikalnya tiada hilang.

Kebaikan Crystal Salt

  • Membantu melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal dan kekejangan
  • Membantu merawat proses penyembuhan seperti luka terbakar, gigitan serangga, cakaran dan parut-parut luka
  • Membantu melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh badan
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, kegatalan, kulit kasar dan kutil
  • Membantu membuang toksin dari badan
  • Membantu mengurangkan sakit tulang belakang yang kurang kronik dan membantu mengurangkan sakit kepala serta migrain
  • Membantu memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria